jam tangan 200 tahun.

Image
Seorang lelaki sebelum beliau meninggal dunia, berkata kepada anaknya,"Jam ini datuk kamu beri kepada ayah dan berumur lebih 200 tahun. Sebelum ayah beri kepada kamu, sila ke kedai jam di Jalan Utama dan beritahu kepada tauke tu yang kamu mahu jual jam itu dan tanya berapa harga yang tauke itu boleh tawarkan". Lalu si anak pun pergi. Selepas beberapa minit, dia pun kembali kepada ayahnya dan berkata, "Tauke itu hanya tawarkan RM5 sahaja sebab jam itu sudah lama dan banyak calar".  Kemudian, ayah menyuruh anaknya ke kedai kopi pula.  Si anak pun ke kedai kopi itu dan selang beberapa jam, dia kembali dan berkata:"Tauke kedai tu dapat tawarkan RM5, ayah". Kemudian ayahnya berkata, "Pergilah ke muzium dan tunjukkanlah jam tersebut".  Lalu si anak pun ke muzium dan balik bertemu ayahnya dengan hati yang gembira dan berkata kepada ayahnya, "Mereka tawarkan jam ini dengan harga sejuta ringgit!" Ayahnya seraya berkata," Ayah ha

Luqman Hakim bawa tuah kepada Kelab Eropah


Nampaknya kuasa dan pengaruh rakyat Malaysia di laman sosial sememangnya hebat. Selepas berjaya membantu mengundi Faiz Subri memenangi Anugerah Puskas, sekali lagi rakyat Malaysia berjaya mencipta rekod baru.
Selepas berita mengenai pemain muda negara Luqman Hakim Shamsuddin yang akan menyertai kelab Belgium, K.V. Kortrijk, berpusu-pusu peminat bolasepak Malaysia mula mengikuti laman sosial kelab Belgium berkenaan.
Dalam satu kicauan oleh akaun Twitter KPMG Football Benchmark, kelab Belgium itu tersenarai dalam lima kelab Eropah dengan peratusan peningkatan tertinggi di media sosial dalam tempoh tiga bulan ini. K.V. Kortrijk menduduki tempat ketiga dengan peratusan pertambahan sebanyak 39%.
Peningkatan tertinggi kelab berkenaan adalah pada akaun Instagram mereka dengan 63% , diikut laman Facebook (49%) , Twitter (13%) dan Youtube (13%). Akaun Instagram K.V. Kortrijk kini mempunyai lebih kurang 15,500 pengikut, seramai 66,447 orang telah mengikuti laman Facebook kelab tersebut, akaun Twitter rasmi @kvkofficieel diikuti seramai lebih kurang 26,600 orang dan laman Youtube pula dilanggan oleh lebih kurang 2550 orang.
Namun begitu, nampaknya !mpak Luqman Hakim sedikit kurang berbanding impak yang dibawa oleh pemain skuad utama Vietnam, Doan Van Hau yang telah menyaksikan peratusan pertvmbuhan setinggi 160% di media sosial kelab Belanda, SC Heerenveen, peratusan tertinggi untuk kelab Eropah. Laman Facebook kelab berkenaan telah naik sebanyak 391% dalam tempoh tiga bulan ini.
Jika berita mengenai penyertaan Luqman sahaja sudah melihat kenaikan seperti ini, ada kemungkinan tinggi apabila Luqman menyertai kelab tersebut secara rasmi dan membuat penampilan, sudah tentu peratusan pertambahan akan menjadi lebih tinggi.
Pada bulan September lalu, Luqman Hakim telah diumumkan akan menandatangani kontrak bersama kelab berkenaan bermula pada bulan Mac 2020 ketika dia sudah berumur 18 tahun. Pemain kelahiran Akademi Mokhtar Dahari (AMD) itu akan menjalani latihan bersama Cardiff City terlebih dahulu sementara dia menunggu mencapai umur berkenaan. Kini, Luqman Hakim sedang giat berlatih bersama skuad bawah 22 tahun negara di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee menjelang Sukan SEA 2019 di Manila, Filipina.

Comments

Popular posts from this blog

Ini jumlah mata FIFA ranking untuk pasukan Malaysia jika berjaya tumbangkan Indonesia

Ronaldo terus buat hal

bersantai dan lepak di Port Dickson ( padu)