jam tangan 200 tahun.

Sebut saja Port Dikson, masing-masing dah terbayang pantai yang luas, tenang dan indah. Lokasi ini memang popular sebagai tempat percutian dan bersantai dengan ahli keluarga mahupun rakan-rakan. Masuk saja akhir tahun, makin ramailah yang berpusu-pusu ke Port Dickson untuk menghabiskan cuti tahunan, mengadakan hari keluarga, jamuan akhir tahun, dan sebagainya.
Selain pantainya yang menjadi tarikan, Port Dickson juga terkenal dengan banyak lagi tempat menarik seperti Kota Lukut, Ostrich Farm, dan Rumah Api Tanjung Tuan.
Port Dickson, atau PD merupakan sebuah bandar pantai dan daerah di Negeri Sembilan. Port Dickson terletak di tepi pinggir laut, berperanan sebagai pelabuhan untuk import dan eksport minyak, bijih timah, arang dan lain-lain keperluan.
Port Dickson | |
---|---|
Panggilan: PD | |
Koordinat: 2°31′N 101°48′E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Negeri Sembilan |
Ditubuhkan | 1800-an |
Penduduk (2010)[1] | |
• Jumlah | 115,631 |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
Laman web | Majlis Perbandaran Port Dickson |
Port Dickson juga merupakan tempat untuk berkelah, berenang dan sebagainya. Tidak jauh dari Port Dickson juga terdapat pantai seperti Teluk Kemang, Blue Lagoon dan Cape Rachado.
Lokasi
Port Dickson ialah sebuah bandar pantai peranginan yang terkenal terletak di Negeri Sembilan Darul Khusus. Bandar yang paling hampir ialah Lukut. Di Lukut terdapat Kota Lukut yang menempatkan kubu pertahanan warisan Sungai Ujong. Mukim-mukim di Port Dickson merangkumi Sirusa, Telok Kemang, Pasir Panjang dan Linggi.
Ia terletak 32 km dari Seremban dan 90 km dari Kuala Lumpur. Dengan adanya Lebuhraya Seremban-Port Dickson (E29), dan hanya tiga jam setengah dari Singapura melalui Lebuhraya Utara-Selatan, pelancong dari Singapura termasuk juga warga Kuala Lumpur dan Selangor lebih mudah datang ke pantai Teluk Kemang dan pantai-pantai sekitarnya. Harga tol adalah RM3.20 bagi kenderaan ringan.
Sejarah
Port Dickson mendapat nama dari pegawai tinggi British bernama Sir John Frederick Dickson yang telah ditempatkan di Negeri-negeri Selat semasa akhir abad ke-19. Sebelum tempat ini dibangunkan dan dimajukan ianya dikenali dengan nama Tanjung oleh orang Melayu tempatan kerana kedudukannya di sebuah tanjung kecil. Orang Cina dan India tempatan pula menamakan tempat ini sebagai Alang atau Arang oleh kerana berhampiran dengan tanjung tersebut terletak sebuah pulau yang terkenal dengan pengeluaran arangnya dan membekalkannya kepada kawasan berhampiran.
Setelah menyedari Arang mencapai kemajuan yang pesat sebagai kawasan perindustrian dan Tanjung sebagai kawasan bandar yang membangun dengan cepatnya, Setiausaha Negeri-negeri Selat, Sir John Frederick Dickson, terus mewartakan supaya Tanjung dijadikan sebuah pelabuhan yang strategik dan juga menjadikannya sebagai tempat istirahat untuk pegawai dan peladang British.
Pembangunan pelabuhan itu juga membolehkan orang-orang British mengambil kesempatan dari perniagaan rempah, teh dan sutera yang menguntungkan antara India dan China. Aktiviti perdagangan yang sibuk antara peniaga dua negara tersebut menonjolkan Selat Melaka sebagai satu tempat perhentian yang sesuai dan praktikal kerana kedudukannya di pertengahan perjalanan bagi saudagar-saudagar kapal itu.
Bagi melengkapi keberkesanan pelabuhan baru ini, berikutnya pada tahun 1891, satu landasan kereta api sepanjang 39km telah dicadangkan untuk menghubungkan Tanjung dan Sungai Ujong yang sekarang dikenali sebagai Seremban. Pelan yang dirangka membolehkan pelbagai jenis barangan yang dibawa oleh kapal niaga seperti rempah-ratus, beras, ubi kayu diangkut melalui keretapi dari pelabuhan ke Sungai Ujong.
Nama asal port dickson
Port Dickson terkenal kerana adanya pantai yang panjang dan indah dari Janakuasa Elektrik Tuanku Jaafar hingga ke Pasir Panjang. Pantai Teluk Kemangyang cantik ialah di Batu 8 dan Batu 7.
Pantainya landai, bersih, pasir putih halus dan dilengkapi dengan kedai makanan, bilik mandi dan tandas serta pondok-pondok rehat.
Terdapat banyak hotel, chalet dan resort dibina di Teluk Kemang dan di Port Dickson. Antaranya termasuklah:
Comments